Thursday, May 31, 2012

deko rumahku



sebelum

kerusi ni skrg saya letak kat bilik tidor anak



selepas

ni la kerusi  dari IKEA idaman hati.Buat masa ni guna je kaler ori ni dulu...coming soon ,rasanye nak spray kaler putih pulak.


* hari ni badan yg sakit2 akibat jatuh tersembam tu masih lg sengal2,cuma luka di muka dan lutut dah kering kehitaman,jalan pulak masih senget2.Esok sesudah subuh akan bertolak balik ke kampung asben di Pokok Sena Kedah.(kenduri juga,so adil la kan...sabtu hritu dah balik kampung saya so Jumaat ni balik kampung asben lak.) Kena buh minyak panas kat pinggang ni...jln jauh tu.

Jumpa lagi Isnin nanti....sayang korang semua.



Wednesday, May 30, 2012

Malang tak berbau

Rentetan cerita cuti di kampug........


peristiwa 1

Petang Ahad selepas kenduri,saya dan asben keluar ke Pekan Meru,anak2 tak nak ikut sama.Lebih kurang 7.45 pm kami balik semula ke rumah makcik(simpang bt 8 jln iskandar bukit kapar).Tapi sesuatu tak terduga telah terjadi,.... tetiba kami dah sampai di jalan Bukit Cerakah iaitu hampir ke Uitm Puncak Alam..disitulah kami tersedar.Saya dan asben masing2 mengucap dan kami terdiam.Pelik tapi benar.Kejadian yg tak penah kami alami selama ini.Bukan sesat tapi sesuatu kejadian yg tak diduga....misteri.Betullah kata org selama ini ada juga org yg penah alami..cuma kali ini kejadian itu pula menimpa kami.Wallahualam.


Peristiwa 2

Selepas zuhur kami tolak balik ke Perak.Di perjalanan terlihat exciden lori papan dan kereta arah ke selatan(mlm ada masuk dlm berita).Perjalanan kami lancar saja menuju arah utara.Hari pun masih awal maka kami singgah di Kellie Castle.Saya dari dulu mmg taknak pegi tempat ni tapi entah camne kali ni saya pulak yg ajak singgah.Cuma takdelah nak masuk beli tiket just amik gambar dari jauh kat area parking je.Adalah snap 5 ke 6 pic ..elok saya langkah 3 4 tapak terus saya tersembam.......gelap pandangan dan badan tak leh angkat ...cuim tanah saya..dlm hati berkata ...Ya Allah patah kaki aku..muka aku terasa lain macam.....

Kellie Castle
Ni antara gambar yg sempat di tangkap....Kellie Castle...sebelum tragedi menimpa diriku


ni la luka2 dimuka..nasib baik la luka tu bukan kat tengah2 bawah idung...kalau tak mmg sebijik Hitler la saya.Now luka dah kering kecoklatan.Kat dahi ada sikit..dahi dan tulang idung terasa sakit dan yg paling sakit adalah lutut.Malam tu siap nangis coz takleh gerak langsung.Tak penah la jatuh tersembam mcm tu sekali.Masuk hari kedua seluruh badan sakit2.La ni jalan senget2 rasanya lutut ni la paling amik masa akan sembuh.Petang smlm tukang urut datang ke rumah .(entry sebelum ni letak pic last nmpak ayu je...entry yg ni pulak dah calar2 hihi).Nampaknya terpaksa la mc dan bercuti lama.








Monday, May 28, 2012

Plan 1 selesai sudah

 Alhamdulillah Plan 1 seperti yg dirancangkan dalam entri sebelum ini telah terjadi. Pagi ni saya masih lagi di  Kampung Bukit Kapar Klang...Insyaallah petang nnt baru bertolak balik ke Perak, walau esok Selasa saya masih lagi bercuti tapi nak buat macamne kan kalau asben hanya cuti sehari je coz pada hari Jumaat 1 Jun nanti kami akan cuti lagi untuk balik ke Kedah pulak kenduri so adil la kan, dua2 kampung kami balik.
ok meh story sikit .....


Sabtu 26 May perjalanan balik kampung kami ....kelihatan kenderaan menuju ke arah utara agak perlahan dan sesak tapi perjalanan kami ke KL lengang.


Seperti yg dirancangkan dlm entry sebelum ini....'Rancangan cuti sekolah kami'
SABTU 26 May di IKEA
 Plan 1: .akhirnya kini pasti...ku sudah sampai ke destinasi!~eh tetiba ternyanyi lak lagu Anita Sarawak~ dah sampai IKEA ~ingat jangan lari bajet ye....kawal sikit nafsu tu.

warna2 peberet


tak perlu kata apa2...senyum.....kerusi rotan idaman..menjadi milikku...
niat memang nak beli kerusi tu so nafsu untuk membeli barang lain tak de la sangat so troli pun tak penuh mcm sebelum2 ni. 



AHAD 27 May 2012 kenduri tahlil dan doa selamat keluarga di rumah makcik

ni saya yg  kemas tau sebelum kenduri.

bacaan tahlil dan doa selamat oleh semua ahli keluarga dan sanak saudara.
Majlis diadakan pada pukul 3 petang kerana masing2 banyak jemputan kenduri kahwin di kampung pada hari tersebut.

ok makan time....masak sendiri dan sedara mara bawak sorang sikit juadah.
antara kuih2 manis...roti jala , serawa/bubur durian,buah melaka,kuih tako dan bubur jagung.
Menu utama adalah sate,mee jawa,nasi impit kuah kacang,nasi putih dan lauk pauk.
.
sebahagian saudara mara makcik pakcik sepupu sepapat yg hadir.



Sekian saja dari saya......ayu tak? pipi agak kecut akhir2 ni kerana kurang tido tapi berat tak turun gak haishhhh... hihihi....
 saya masih lagi bercuti sehingga esok ye...Oklah jap lagi nak belajar buat donut dengan cousin sebelum balik ke Perak petang nnt.Salam sayang untuk semua....assalamualaikum.

Terima kasih juga kepada cik sweety  atas pemberian hadiah teka teki tu.TQ






Thursday, May 24, 2012

Rancangan Cuti Sekolah Kami nanti

cuti sekolah akan bermula...so hepi coz masanya saya rehat sikit dari nak amik antar anak sekolah, terkejar2 masa time lunch tu.

balik kampung..oooo balik kampung....
wahai perantau-perantau di kota.....eh mcm nak raya pulak.....ye la hampir 10 tahun dah dok Perak ni...kira merantau gak la kan.Balik kg mmg selalu.

Plan 1
cuti 26 hingga 27Mei (bermula Sabtu hingga Isnin ini)  balik KLANG :
-Sabtu pagi mulakan perjalanan balik ke kampung tapi macam akan tersesat
  di Ikea dulu sebab nak beli benda ni.
kira 2 tahun mengidam tau..bunting gajah pun tak mcm ni punye lama.

  - Ahad kenduri  (rumah makcik..lepas nenek meninggal rumah makcik la tempat saya melepak2 menumpang kasih,bg yg tatau ,saya dok ngan nenek dr umor saya 6 tahun lepas mak ayah meninggal,nenek pulak meninggal raya kedua thn lepas)al fatihah.
  - Isnin ,macam nak gi soping kain baju raya je...petang pulak balik  ke Perak..Kejap je kan cuti tapi saya cuti sampai Selasa.En.Ayah je tak leh cuti lama.Apa nak buatkan....BYe2 kampung.
-Selasa aktiviti saya dan anak2 dok melepak je kot kat rumah.Setelah puas penat bersoping2 ngan kenduri bagai semalam tu kan...haruslah rehat2kan badan.Anak-anak ada tuisyen gak so cuti mmg takleh lama di kg.

Hari Rabu dan Khamis kembali bekerja.Jumaat?????? sila baca seterusnya....



Plan 2
1 hingga 3 Jun (Jumaat hingga Ahad) balik Kedah pulak (rumah Ibu MertuKu
-Jumaat selepas solat Jumaat kenduri arwah.
-Sabtu haruslah jalan2 di bandar Alor Star bawak mak mertua.Singgah ke Pekan Rabu nak beli ni,

mesti beli pekasam ni setiap kali balik Kedah.Peberet.Dulu2 tak makan tapi skrg antu....


-Ahad balik semula ke Perak tapi nak singgah  Penang.Nak makan laksa di pantai Batu Feringgi.


dulu pakai roda 3 je.Saya mula makan laksa ni waktu mengadungkan Along 15 tahun yg lampau(dulu kami menetap di Penang 8 tahun).Terus jatuh cinta dgn rasa laksa Tg.Bunga ni.Sekarang dah pakai van pun.Cuma makcik dlm gambar tu dah arwah tu pun saya tau dari sini  .klik  laksa Tg Bunga

asben dan anak2 sorg sepinggan je..tapi saya balun 2 pinggan mesti....

ni masa kami pi  tahun 2010.Bulan Mac baru ni saya balik kedah tak singgah  Penang coz saya balik dengan anak2 je, asben tak ikut..so agak letih drive sorang so kali ni tak kira nak gak pi makan laksa Tg Bunga ni.Harapnya jangan la tak berniaga lak Ahad tu ye.Ceq mai dari jauh ni hukhukhuk.


Amboi story macam la dah berlaku kan.Ye apa2 pun kena la ada perancangan .Macam nak balik raya pun iye..utara selatan tu dlm tempoh seminggu...Nak buat camnekan...dua2 belah pihak nak wat kenduri..so utk tidak kecilkan hati mana2 pihak kena la balik dua2.Sejak mula kawin smpai skrg ni kalau balik raya pun mesti bergilir mcm ni , kalau raya pertama di Kedah ,raya ke 3 mesti balik Klang atau sebaliknya..Tu la janji yg termetri dr dulu hingga kini coz asben taknak gilir tahun..dia kata setiap kali raya mesti balik dua2...baik bos.Sediakan wangnya saja minyak tol utara selatan beres.


*eh bulan 8 nak balik lagi utk raya...dato datin TanSri puan Sri ketua kampung makcik pakcik YB...hulur2 sikit duit tol minyak bole?takpun bg free je tol time raya nnt pun best kan.....mimpi ...

Panjang pulak cerita ni ...







Sunday, May 20, 2012

My Cake

wah..wah..wah...... rajinnya saya petang ahad.Lama tak buat kek terasa tingin la plak


eeeeeee ni bukan  saya buat.....tengok kat dalam kamera along ada pic kek yg dia amik dipasar malam hari tu..."mama buat la kek camni ye nnt..."
gurlppp ...telan air liur nak oiiiii...mana bisa mama bikin kek ini macam...takat kek coklat mcm bawah ni ok lerrr"

siap dah kek coklat lembab .....ni la kek yg saya pandai buat hihi.

buat gak dalam cup ...siram lebihan coklat yg tinggal sedikit...jadi lerrr...


"duhai anakku along...ini saja yg termampu mama buat untuk kamu tapi rasanya tetap sedap ok"

Tengok tu dah macam tuan puteri ko ye along..siap mama bawak masuk bilik lagi utk ko.
Buku penuh selerak atas katil...dah ada meja study tp lebih suka study kat katil...
Jenguk2 dah kroh..kroh..zzzz...zzzzz...senang banyak sungguh anak dara ni.

* Isnin anak-anak semua akan menghadapi exam..mama doakan semoga tenang dalam menghadapinya.Amin.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...