Monday, January 6, 2014

Judul Buku ~Aku bersyukur anakku autisme

Pnjang berjela entri ku kali ini.jarang sekali luahan seperti ini diblog sendiri.Siapa rajin boleh la baca dr mula sampai habis ye..

Bismillahirrahmannirrahim....

Sudah dapat keizinan untuk saya berkongsi kisah ini dari pemilik blog di bawah.Tak banyak bezanya dgn anak ke2 ku Aiman.Along dan Adik selalu berkata "malu" dgn perangai Aiman.Jangan kata Along(kakak)dan adik saja cakap mcm tu tapi aku maknya ni dan suami juga adakalanya sering berkata ......"ayah dah letih tau tak Aiman! Bila nak berubah hah!?Kata2 aku pula...."Aiman berapa kali mama nak cakap?"....



Terima kasih sahabat kerana emailkan kisah ini buatku.


.kelebihan anakku Aiman yg bukan dlm akademik.
Antaranya Aiman mudah hafal Al Quran walau kalau bercakap laju agak kedengaran pelat/gagap.
Pandai sangat melukis apa saja gambar termasuklah komik
Membuat arca2 pelik
Pandai main gitar,kompang gendang,drum(di rumah guna la periuk atau apa saja benda yg boleh dia pukul2dijadikan drum.
Membuat kostium haiwan mcm badut.
Pandai jahit seluar koyak atau apa saja kain(mmg tak pernah saya ajar)
Pandai masak sendiri nasi goreng sejak usia 11 tahun
Suka buat surprise utk keluarga(biasanya tengah malam kalau semua tak tidur lagi mula la dia masak2 kat dapur).Surprise lain pula suka bg hadiah tak kira apa kalau dia ada duit...contohnya dia surprisekan sy dgn sardin tin besar siap balut mcm hadiah tu.
Sangat suka sedekah kat sesapa saja peminta sedekah di pasar mlm.Di sekolah rendah dulu pulak,duit belanja sekolah selalu dia akan beri pada kawan2 yg tak mkn...ini sy dpt tau dr cikgu.
Pantang ada duit semua org dia nak belanja.Sebab tu tak penah ada duit tabung.
Suka berniaga.contoh cuti sekolah baru ni jual maruku kat taman kami...padahal maruku tu saya nak bwk balik kg jual kat sedara mara...abis dia rembat jual kat taman.Risau sebab bab kira2 maths ni dia tak pandai sgt.Tapi syukur alhamdulillah rezeki dia...dan siap ada org bg duit lebih lagi kt dia.
Terkini sgt suka melukis lukisan 3D...sebijik dia tiru di internet.Yes sy puji mmg cantik dan pandai pulak dia tiru camrtu.
Inilah antara yg positif dlm diri Aiman.

Perkara yg tak pernah dia ceritakan pada saya mahupun keluarga ialah..."dia tak pernah cerita yg dia sering jd mangsa buli dan sering didendarotan dari guru disiplin waktu zaman sekolah rendah.Kerap waktu ambil dr sekolah rendah dulu,seperti baru lepas menangis dan hanya mendiamkan diri....
Semuanya saya tahu dari budak2 ppuan diskolahnya dulu.Ye dulu AIman belajar di aliran biasa...Silap kami selaku ibubapa.Kini akan ku tebus segalanya selagi hayat dikandung badan.....Yang pasti hatinya terlalu tulus....
Teringat dulu along mengadu kat sy lepas balik sekolah..."mama ..along malu tau dgn perangai aiman...ada ke kat kantin dia dok main lalat ,serangga terbang2 dikejarnya...along malu tau tak!"....ye aiman mmg suka dgn serangga sebab tu la byk rekaan dr polisterian manilakad haiwan,serangga dan dinosor.Mmg cantik2 tp semua ayahnya dah buang.

Pelbagai dugaan menimpa anakku Aiman.Kesian Aiman...tapi saya tidak cukup kuat utk berkongsi di sini.Cukup la sekadar saya katakan tidak byk bezanya kisah anak2 autisme/dysleksia//esperger/hyper setelah saya join Kelab anakku autisme di Fb.Baru lah ku tahu kini......


Maafkan mama ayah along dan adik ye Aiman....

Ya Allah ampuni dosa kami.
Menitis airmataku pagi ini setelah membaca kisah tersebut dan aku terus oder buku tu juga


Ok jom kawan2 kita baca kisah di bawah pula.


Kisah Along Yang Pelik (Autisme)



  “Ngapa, along perangai pelik macam tu. Malulah,abah. Dahlah asyik senyum tersengih. Lepas tu dia tutup mata dengan tangan, lalu depan orang. Malulah kawan-kawan kat sekolah tengok!”

Begitulah luahan Faruq kepada bapanya mengenai perlakuan abangnya yang berumur 12 tahun. Tua setahun daripada dia. Berbanding dengan Danial yang ketinggalan dalam pelajaran, kurang berkawan dan sentiasa bersendirian, Faruq pula begitu menyerlah dalam pelajaran, disukai guru dan kawan-kawan. 

Perlakuan abangnya, Danial dianggap telah memalukan dirinya.

“Mengapa abang kau tu, Faruq. Pelik semacam je”
 “Tadi, abangkau menjerit-jerit di dalam kelas, sebab diusik oleh kawannya”
“Hari itu dia menangis, sebab dikacau lagi kawannya”

Bermacam-macam lagi. Ada yang keterlaluan dan menghiris perasaan. Tidak tergamak untuk dinukilkan.

Abah terdiam seketika. Ini bukan kali pertama. Sebelum ini pernah dia menjelaskan. Mungkin perkara ini perlu selalu diperkatakan sebagai motivasi dan kefahaman berterusan. Faruq pun masih budak-budak dan perlukan sokongan. Abah berkata;

“Siapa yang jadikan Danial? Allah, kan”
“Adakah Danial meminta ia dilahirkan begitu. Tidak, bukan. Itu kehendak Allah. Allah menjadikan Danial dengan kekurangan,  dengan tujuan apa?

Sebagai  ujian bagi dia, dan bagi kita, ahli keluarganya dan bagi sesiapa juga yang berurusan dengan dia. Bagaimana kita menghadapinya?Secara yang Allah redai atau murkai?

Abah dah kata dulu. Apa matlamat akhir kita? Ya, ke syurga.

Faruq rasa bahagia, Allah bagi Faruq kepandaian. Semua orang suka orang yang pandai. Semua orang rasa orang pandai lebih mudah berjaya di dunia. Boleh kerja baik dapat duit banyak, kan.

Faruq, bila kita pandai, ilmu kita banyak. Ujian dan tahap ujian kita tentu lebih tinggi. Hisab kita tentu lebih payah. Tanggungjawab yang dibebankan ke atas kita tentu lebih banyak dan berat. Allah pasti mengkehendaki kita berbuat jauh lebih baik dari orang yang kurang bernasib baik.

Insan yang kekurangan, cacat, daif atau miskin pasti dinilai pada kedudukan yang berbeza daripada kita. Danial ada kelemahan pada fikiran. Dia tidak mampu memproses maklumat sebaik kita. Dia sukar memahami dan sukar berkomunikasi.

Pada pandangan manusia, dia anak yang lemah, tidak bijak. Tidak pandai menilai, tidak pandai membuat keputusan. Tidak seronok berkawan dengannya. Tidak ramai yang suka. Mungkin nanti sukar dapat kerja yang baik, tidak dapat banyak wang.

Tapi di sisi Allah, dia anak yang ‘innocent’,  suci, dari sudut dia tidak mudah berdosa. Dia tidak pandai berbohong, bercakap lurus. Dia tidak tahu menipu. Daya fikir, nilai dan keputusannya lemah. Hisabnya pasti mudah. Lebih lemah fikiran dia, lebih suci dia di sisi Allah.

Hidup menyendiri kurang berkomunikasi, kuranglah dosa umpat, fitnah dan mengeji. Dia juga akan sering dipermainkan manusia, diketawa dan dibuat gurau-senda, menjadikan begitu ramai orang berhutang, berdosa dengannya.

Adakah kedudukan Faruq lebih baik disisi Allah berbanding dengan Danial..? Adakah Faruq akan mendapat kedudukan yang lebih baik daripada Danial di akhirat nanti? Tidak kita ketahui lagi, kan. 

Bagi keluarganya, seperti kita. Abah dan Faruq, adiknya. Allah menguji kita. Setakat mana kita dapat membantu Danial bagi  kehidupan dunia dan agamanya. Faruq. Kebijaksanaan Faruq, beri banyak kelebihan. Jadi Allah mengkehendaki Faruq berbuat sesuatu yang jauh lebih baik daripada Danial. Allah mahu Faruq gunakan kebijaksanaan Faruq termasuk untuk membantu Danial.

Kita mesti reda dengan apa yang Allah dah tentukan bagi diri Danial. Jangan kita pertikaikan. Jangan kita persoalkan lagi. Jangan berkata.. kalaulah! Mengapalah! .. Jangan mengeluh. Kita mesti bersabar.

Lebih hebat lagi kalau kita  bersyukur dengan apa yang kita ada dan terima. Kita hadapi dengan sabar dan kita berusaha sebaiknya untuk membantu Danial. Biarlah dia berjaya di dunia dan diakhirat. 

Segala susah payah yang kita lalui dengan kesabaran dan rasa kesyukuran adalah bukti kejayaan kita melepasi ujian yang Allah telah tetapkan.

Faruq, ketahuilah anakku.

Ketika itu Danial adalah satu jalan yang Allah sediakan untuk kita ke Syurga-Nya.



Kisah di atas adalah sedutan sebahagian daripada isikandung buku Aku bersyukur anakku autisme 2013.

(* Siapa berminat untuk mendapatkan buku saya “Aku bersyukur anakku autisme 2013 (Telaga Biru), Baitullah aku datang, (Karangkraf) dan Syurga lebih hampir tanpa Riba (Galeri Ilmu), Sila dapatkan dipasaran atau layari blog saya untuk pembelian atau sms 019-7272817)





Ya Allah berikan kami kesabaran dalam mendidik amanahMu

14 comments:

  1. Walau apapun Ina. Tak tahulah kenapa kakak tetap mengalirkan airmata. Ujian besar buat mereka yg punya ahli keluarga seperti Aiman ini. Bersyukur kerana dia masih mampu berdikari berbanding ada yg masih perlu disuap di mandikan, dijaga lebih rapi.

    Moga Allah memberikan kesabaran tinggi buat keluarga Ina dan mereka yg senasib. Buat Aiman auntie tahu Aiman anak baik dan moga syurgalah tempat Aiman kelak. Doakan mama/papa Aiman dan keluarga juga.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..Allah Maha Adil...

    ReplyDelete
  3. ada lagi kisah2 aiman yg tak dpt sy kongsikan juga di sini.Mmg benar2 menghiris perasaan kami selaku ibubapa.Ujian ini mendekatkan lagi kami pada Yg Maha Esa.Tak sangka kisah dlm buku tersebut di atas hampir 99% sama apa yg terjadi pada anak kami Aiman.

    ReplyDelete
  4. Ya Allah..sebak ummi ni ina, bergenang air mata. Sungguh anak2 autisme istimewa..sungguh aiman pun istimewa.
    Aiman, ina dan keluarga insan2 terpilih, moga Allah memberi ganjaran istimewa buat ina sekeluarga dan juga mereka yang diuji dengan ujian yang sama.

    ReplyDelete
  5. tersentuh plak hati baca n3 akak ni~
    kadang2 kita tak tahu anak kita tuh x sama dgn anak2 lain.
    jadiknye kita salah bagi didikan. huhuhuhu

    sabar yer kak~
    InsyaAllah.. Dia pasti akak membanggakan akak 1 famili nanti..:)

    ReplyDelete
  6. mmg bnr setiap anak itu rezeki...setiap kelebihan dan kekurangan mereka itu jg rezeki.begitu jg dgn aiman. semoga rezeki terbentang luas utk aiman.aminnn

    ReplyDelete
  7. kadang2 cheqna terfikir..kalaulah cheqna nanti Allah uji dengan menghadiahkan zuriat yang autisme ni..dapatkah cheqna hadapinya..tapi tu la kak..setiap anak ni..istimewa untuk kita...keistimewaan yang tak sama...tak mungkin kita kecapi nikmatnya didunia..mungkin nikmatnya kita kan rasa DISANA..insyaallah

    ReplyDelete
  8. Bersyukur, ada juga anak buat menumpang kasih, tak kisahlah dia macamana, dah itu rezeki yang Tuhan beri. Apapun bersabarlah ye, semoga dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  9. Setiap anak autisme, ada keistimewaan nya.

    ReplyDelete
  10. sedihnya bc entri kak ina ni...
    Aiman sgt istimewa kak ina, bersyukur krn dikurniakan anak sebegitu... byk kelebihan yg kita tak tau..

    ReplyDelete
  11. Berat mata yg membaca, berat lg bahu yg memikul...cuma org yg terpilih oleh Allah yg hanya mampu mghadapi dugaan yg diberikan ini....kesukaran yg diberi olehNya sebenarnya ada pahala yg disalurkan bersama...

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya ujian Allah dlm pelbagai bentuk, Aiman salah satu darinya. Bukan anak autisme saja bermasalah, kdg anak2 yg dilahirkan normal pun buat perangai juga. Kita ni kena muhasabah diri bnyk2. Setiap kesilapan anak, tuding jari kat diri kita. Ina tidak alami spt kakpb, tak terluah juga melainkan face to face. Maklumlah...blog ni ramai yg baca...lain kita maksud, lain pula fahaman org luar.

    Kakpb selalu ckp dgn anak, hidup ini kena bnyk bersyukur, jgn bnyk komen itu tak kena, ini tak seronok. Jgn pandang rendah pd org yg lemah kerana mungkin dia lebih baik dari kita.

    ReplyDelete
  13. assalan ina ..skrg ni mama tak sempat nak baca novel..asyik terkejar2 ke ppum & melayan dayyan harith.. :(

    ReplyDelete
  14. Aiman ni sekolah tahfizkan Ina.....
    Setiap org bukan sempurna Ina....Aiman kira masih bernasib baik lagikan sebab masih mampu cakap dan berdikari....Cucu sedara okje langsung tak pandai ckp walau dah umur 8 tahun...

    ReplyDelete